Rabu, 16 September 2009

BAJU KURUNG JOHOR


BAJU KURUNG JOHOR
Baju kurung teluk belanga yang dipakai oleh kaum wanita pada masa pemerintahan Maharaja Abu Bakar labuhnya di bawah lutut, cekak lehernya halus dan bajunya tidak berkocek. kemudian pada masa pemerintahan Sultan Ibrahim, baju kurung ini dipinda pula iaitu labuhnya hingga paras lutut, tanpa cekak lehernya dan berkocek satu. Di sekeliling lehernya dijahit dengan jahitan 'tulang belut' iaitu sejenis sulaman yang halus. Pada zaman dahulu digunakan kaitan 'tulang peringgi' atau dikenal juga 'jahitan kia'. Tujuannya supaya lubang leher baju itu kelihatan kemas dan kukuh. Baju kurung ini dipakai dengan kain sarung dengan ikatan 'ombak mengalun', iaitu kain sarung itu dilipat atau disusun berombak-ombak dan diletakkan dirusuk kiri atau kanan mengikut kesukaan masing-masing, kepala kain sarung itu diletakkan di sebelah belakang. Kain sarung ini daripada kain batik, pelekat atau kain songket.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan