Mengenai Saya
Sabtu, 24 Oktober 2009
Rabu, 16 September 2009
BAJU KURUNG PESAK GANTUNG
PESAK GANTUNG
Baju kurung pesak gantung yang semakin popular telah menjadi fesyen terkini di kalangan wanita Melayu hari ini. Ini kerana ianya antara baju tradisional yang mudah untuk dipakai semasa menghadiri majlis atau untuk ke pejabat.
Baju kurung pesak gantung sesuai dipakai oleh semua bentuk potongan badan termasuk mereka yang bertubuh tinggi atau berbadan besar.
Bagi wanita gemuk atau bertubuh gempal, mereka dapat menyembunyikan bahagian tubuh yang berisi kerana pesaknya yang besar di bahagian bawah.
Kain sifon amat sesuai untuk orang berbadan besar membuat baju kurung pesak gantung kerana ianya lembut dan senang dibentuk.
Corak baju atau bunga juga memainkan peranan penting dalam pemilihan fabric. Bagi orang bertubuh gempal, bunga corak kecil atau sederhana amat sesuai.
Untuk meyerlahkan lagi baju kurung pesak gantung ramai orang menghiasi bajunya dengan manik atau labuci di tengkuk atau di lengan.

BAJU KURUNG TERKINI
TERKINI
Baju kurung yang diketengahkan merupakan fesyen baju kurung terkini dari beberapa jenama terkenal seperti ID Perempuan, EZE Fashion dll yang terkenal kerana kualiti kain yang tinggi & trpilih, rekaan terkini, rekabentuk menarik dll Kain yang digunakan dari chiffon, songket, batik, lycra dan sebagainya
BAJU KURUNG JOHOR
BAJU KURUNG JOHOR
Baju kurung teluk belanga yang dipakai oleh kaum wanita pada masa pemerintahan Maharaja Abu Bakar labuhnya di bawah lutut, cekak lehernya halus dan bajunya tidak berkocek. kemudian pada masa pemerintahan Sultan Ibrahim, baju kurung ini dipinda pula iaitu labuhnya hingga paras lutut, tanpa cekak lehernya dan berkocek satu. Di sekeliling lehernya dijahit dengan jahitan 'tulang belut' iaitu sejenis sulaman yang halus. Pada zaman dahulu digunakan kaitan 'tulang peringgi' atau dikenal juga 'jahitan kia'. Tujuannya supaya lubang leher baju itu kelihatan kemas dan kukuh. Baju kurung ini dipakai dengan kain sarung dengan ikatan 'ombak mengalun', iaitu kain sarung itu dilipat atau disusun berombak-ombak dan diletakkan dirusuk kiri atau kanan mengikut kesukaan masing-masing, kepala kain sarung itu diletakkan di sebelah belakang. Kain sarung ini daripada kain batik, pelekat atau kain songket.

BAJU KURUNG KEDAH
BAJU KURUNG KEDAH
Baju kurung kedah ini popular dalam masyarkat Melayu kita di Malaysia ini. Ia merupakan salah satu potongan baju yang agak ringkas, mudah membuatnya dan lehernya juga adalah sama seperti membuat leher kurung biasa/teluk belanga.
Keringkasannya menyebabkan baju ini amat digemari oleh suri rumah sepanjang duduk seharian di rumah. Kerana potongan baju dan tangannya yang pendik maka ia amat sesuai untuk dipakai ketika membuat kerja-kerja di dalam rumah.Walaubagaimana pun perubahan persekitaran dan masa telah banyak memberi sentuhan lebih seni ke atas pembuatan baju kurung kedah ini sehingga ia lebih menarik diperagakan sebagai pakaian untuk majlis-majlis rasmi, keramaian mahupun digunakan ketika ke tempat kerja. kebanyakkan perubahan yang ditambah agar baju ini lebih menarik lagi dengan membuat sulaman di bahagian leher, tangan atau kaki baju. Begitu juga meletakkan kun dan manik-manik agar ia kelihatan lebih anggun dan menarik.
Dikalangan mereka yang mementingkan penjagaan aurat yang lebih rapi. Baju kurung kedah yang asalnya pendik dibahagian tangan dan kaki baju juga telah diubah dengan melabuhkan bahagian tangan dan kaki baju

BAJU KURUNG PAHANG
Indah sungguh si Baju KurungMolek dipakai teruna dara,Khazanah ternilai tiada terhitung,Warisan Melayu sepanjang masa.Jahitan hujung baju dan tangan dgn jahitan tangan - Butang kurung dari yg jenis kualiti , bukan butang plastics - Harga berpatututan mengikut spec kain Dlia juga membuka belian secara borong iaitu bembelian minima 6 helai dan juga 12 helai ( harga adalah berlainan antara kedua dua pakej berkenaan
BAJU KURUNG MODEN
Terdapat 4 warna iaitu hitam-sulam putih, merah-sulam hitam, coklat-sulam coklat muda, hitam-sulam merah.
- Terdapat saiz 42 dan 44.
- Baju kurung chiffon bersulam timbul yang kemas pada lengan dan baju. Full lining chiffon pada seluruh baju dan lengan.
- Kain satin lembut bercorak batik mengikut warna baju dan sulam.

BAJU KURUNG
Antara baju kurung yang akan kami sediakan adalah dari kain Washeble Silk , Kain Benang Hitam, Kain Thai Silk, Kain Giordini Original Casa Moda, Kain Ciffon Berbatu , dan juga Kain Satin.Nantikan koleksi terbaru kami yang akan ditambah setiap masa sebagai persiapan awal raya.Jika anda berminat membeli secara borong, hubungi kami untuk mendapatkan harga borong. Minima belian untuk harga borong hanya 5 helai !! Sehelai juga kami jual iyer .... cuma notis ini hanya untuk mereka yang berminat membeli secara borong.
Langgan:
Catatan (Atom)